MPU23052
SAINS TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ISLAM
SAINS TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ISLAM
TAJUK :ADAT DAN AMALAN MASYARAKAT YANG BERTENTANGAN DENGAN AJARAN ISLAM
Hai dan assalamualaikum kepada semua pembaca... Semoga
pembaca semua dalam lindungan Allah s.w.t... blogger mengucapkan selamat datang
ke blog yang diberi nama iaitu PENCINTA ISLAM...
Blog ini ditulis untuk memberi penerangan tentang adat dan
amalan masyarakat yang bertentangan dengan ajaran islam...
Pengenalan :-
Dalam kepesatan masyarakat menuju ke arah negara maju, masih
wujud kekeliruan antara tuntutan agama dan adat yang menjadi pegangan kuat
orang Melayu. Bahkan, ada pepatah mengatakan biar mati anak, jangan mati adat.
Ini menggambarkan betapa dalam sesuatu situasi adat mendahului kepentingan lain
dalam hidup.
Seperti yang kita sedia maklum,masyarakat melayu memang
terkenal dengan adat resam dan pantang larangnya tersendiri.Menurut kajian, adat
resam (tradisi) adalah undang-undang atau hak yang tidak tertulis dalam
sesebuah masyarakat dan diamalkan secara turun-temurun sejak sekian lama yang
diwarisi oleh nenek moyang.Selain itu, adat resam adalah lebih mengenai amalan
kebiasaan yang dilakukan dalam harian hidup seseorang individu ataupun
sekumpulan masyarakat.
Amat menjengkelkan apabila ada lapisan masyarakat menjadikan
adat sebagai perkara wajib hingga tuntutan agama diabaikan. Perkara ini dapat
dilihat terutama dalam majlis yang membabitkan perkahwinan, menyambut kelahiran
cahaya mata dan kematian.
“Sebenarnya, masyarakat perlu faham bahawa Islam tidak
pernah menolak adat selagi ia tidak bertentangan dengan syarak. Dalam hal ini,
saya tidak menyalahkan masyarakat kerana wujudnya kekeliruan antara memahami
adat dan tuntutan agama,” kata Timbalan Dekan (Hal Ehwal Akademik), Fakulti
Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Rugayah
Tibek.
Antara adat dan amalan yang bertentangan dengan ajaran islam ialah :-
1- ADAT BERKAITAN PERKAHWINAN
Pengenalan :-
Perkahwinan merupakan perkara yang penting dalam kehidupan masyarakat Melayu. Perkahwinan dianggap sebagai tali penyambung dalam menghubungkan dua manusia secara halal sehingga mendapat zuriat.
Sistem perkahwinan orang Melayu secara dasarnya banyak menurut adat-adat masyarakat dahulu yang berkaitan dengan adat-adat orang Hindu. Namun dengan kedatangan Islam, banyak perubahan yang berlaku selaras dengan perubahan taraf kehidupan dan perubahan fikiran orang Melayu amnya.
Walau bagaimanapun, akibat daripada amalan yang sudah lama dituruti dan telah bersemadi dalam kehidupan orang Melayu, terdapat adat yang masih kekal dan diikuti tetapi sudah ada perubahan, ditambah atau diringkaskan untuk selari dengan ajaran islam.
Adat-adat berkaitan perkahwinan :-
Adat-adat perkahwinan yang biasa dilakukan oleh masyarakat Melayu ialah merisik, meminang, bertunang, majlis akad nikah, bersanding, dan walimatul urus iaitu majlis perkahwinan. Secara dasarnya perkahwinan orang Melayu dewasa ini selari dengan tuntutan Islam walau bagaimanapun, ada sebahagian upacara yang diadakan di dalam adat perkahwinan itu yang bercanggah dengan ajaran islam.
Adat Meminang merupakan adat kebiasaan masyarakat Melayu yang diterima oleh Islam. Peminangan adalah permulaan proses perkahwinan dan merupakan suatu ikatan janji pihak lelaki dan perempuan untuk melangsungkan perkahwinan mengikut tarikh yang dipersetujui oleh kedua dua pihak.
Hukum peminangan adalah harus dan hendaklah bukan isteri orang, bukan mahram sendiri, tidak dalam idah, dan bukan tunangan orang. Pemberian seperti cincin kepada wanita semasa peminangan merupakan tanda ikatan pertunangan. Apabila berlaku keingkaran yang disebabkan oleh lelaki, pemberian tidak perlu dikembalikan dan jika disebabkan oleh wanita, maka hendaklah dikembalikan, namun persetujuan hendaklah dibuat semasa peminangan dilakukan.
Acara kemuncak majlis pertunangan adalah adat sarung cincin di mana wakil pihak lelaki yang terdiri dari ibu atau saudara perempuannya akan menyarungkan cincin pertunangan atau cincin tanda ke jari manis gadis yang dilamar. Setelah itu rasmilah sudah pertunangan tersebut.
Menurut ustazah Marina Munira binti Abdul Muttalib dari Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) amalan bertunang di dalam islam dipanggil khitabah dan ianya sama sekali tidak bertentangan dengan syariat islam tetapi apa yang berlaku sekarang ialah ada segelintir masyarakat yang bakal pengantin lelaki itu sendiri yang menyarungkan cincin kepada pasangannya. Hal ini jelas bertentangan dengan ajaran islam kerana mereka berdua lagi bukan muhrim.
Adat persandingan dilihat sebagai suatu perkara yang "wajib" bagi satu pasangan apabila berkahwin dari kaca mata kebanyakan masyarakat Melayu. Persandingan dalam masyarakat Melayu dapat ditakrifkan sebagai suatu perlakuan yang menempatkan pasangan suami-isteri yang telah diijab-kabulkan di atas pelamin yang dihias indah dengan mengenakan pakaian yang kemas dan cantik, berhias wajah serta dikipas oleh dua orang pengipas yang turut dikenali sebagai pengampit.
Tujuan diadakan adat persandingan adalah untuk diperlihatkan pasangan pengantin tersebut kepada masyarakat setempat dan sebagai nostalgia manis dalam kehidupan pasangan pengantin tersebut selain bertujuan meneruskan tradisi nenek moyang secara turun-temurun.
Kesimpulan :-
Jelaslah, Islam bukan sesuatu agama yang memberati para penganutnya dalam melayari arus kehidupan di dunia ini.Islam secara mudahnya merupakan agama yang diwahyukan untuk semua jenis manusia yang terdapat di atas muka bumi ini.Justeru itu, Islam tidak pernah melarang sama sekali para penganutnya daripada mengamalkan kebudayaan dan kesenian yang terdapat dalam setiap bangsa.Namun, perlu difahami bahawa setiap amalan yang dipraktikkan itu perlu selaras dan selari dengan syariat Islam.Begitu jugalah halnya dengan isu perkahwinan dalam masyarakat Melayu. la boleh dilakukan dan diamalkan selagi ia tidak bertentangan dengan akidah dan syariat Islam.

2- ADAT MELENGGANG PERUT
Menurut sumber yang boleh dipercayai, adat
melenggang perut dilakukan kepada wanita yang mengandung anak sulung dengan
usia kandungan tujuh hingga lapan bulan.upacara ini akan dijalankan oleh
seorang bidan (doktor tradisional) untuk membuang kecelakaan yang akan menimpa
wanita hamil sebelum bersalin dan membetulkan keadaan bayi didalam perut.
Sebelum upacara dimulakan, ibu hamil
perlu mandi melenggang perut yang juga dikenali sebagai adat mandi
situk limau dan air buyung.antara bahan-bahan yang diperlukan untuk mandi
lenggang perut ini ialah :-
- tepung
tawar
- tiga
biji limau nipis
- sebiji
kelapa tua yang sudah dikupas
- sedahan
mayang pinang
- sehelai
kain lepas
- dua
batang lilin
- sebuyung
air biasa yang ditaburi 7 jenis bunga
- air
tolak bala
Mengikut sumber tersebut, tempat mandi untuk upacara ni
perlu menghala ke dalam rumah dan upacara perlu dimulakan dengan doa selamat ke
atas Nabi Muhamamad S.A.W. untuk mendapat restu. Malah wanita
hamil tersebut juga perlu diandam supaya anak yang dilahirkan tak berbulu.
Bidan akan menjurus air ke wanita hamil itu serta
beberapa orang lain akan membantu mengibas mayang pinang. Sebiji telur turut
diselitkan kat lipatan kainnya lalu dilepaskan dengan kepercayaan ia akan
memudahkan untuk bersalin. Kemudian ia dimandikan dengan air 7 telaga dan
ditaburi dengan 7 jenis bunga serta dijirus dengan air tolak bala.
Setelah selesai mandi, bidan akan menjalankan upacara
melenggang perut. Antara alat yang di perlukan dalam upacara ni
ialah:
- Tujuh
helai kain berlainan warna.
- Segantang
beras.
- Sebiji
kelapa.
- Beberapa
lembar utas benang mentah.
- Damar.
- Minyak
kelapa atau minyak urut.
- Beberapa
batang lilin.
- Tepak
sirih yang lengkap isinya.
- Pengeras
sejumlah RM1.25 yang diletakkan dalam bekas tepak sirih.
Bidan akan bentangkan ketujuh-tujuh helai kain secara bertindih
dan wanita hamil tu harus dibaringkan diatas kain tersebut lalu diurut oleh
bidan menggunakan minyak kelapa. Lepas siap je urut, bidan akan menggulingkan
buah kelapa diatas perut terus ke hujung kaki sebanyak tujuh kali. Menurut
Portal di Jabatan Penerangan lagi, sekiranya kelapa berhenti bergolek dengan
matanya ke atas, anak yang dikandung adalah lelaki. Akhir sekali setiap helai
kain tersebut perlu dilenggangkan pada perut wanita hamil itu.
Namun adat ini di percayai mengandungi unsur-unsur budaya
hindu.masyarakat india turut melakukan upacara seperti melenggang perut
iaitu 'valaikaapu' yang bertujuan untuk memberkati seorang
wanita hamil., meraikan kehamilannya ,serta memastikan kehamilannya itu
selamat. ia juga dilakukan bagi kandungan sulung wanita hamil dan usia
kandungan antara tujuh hingga sembilan bulan.
video ini merujukkan amlan yang dikatakan melenggang perut
dalam masyarakat hindu.
https://www.youtube.com/watch?v=0s6q6i2WcGU
3- ADAT BERKAITAN CUKUR JAMBUL
Amalan cukur jambul :-
Amalan cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunnah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada masyarakat India yang beragama Hindu.
Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Tur mudzi) Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin.
Mengikut sunnah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin.
Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak. Bahkan, mengikut Islam juga, pada hari ketujuh akan dilakukan tahnik. Amalan tahnik ialah memasukkan sesuatu yang manis seperti manisan madu lebah atau buah tamar yang dihancurkan dan memalitkannya ke lelangit bayi. Sebaliknya, cecair manis hanya disapukan ke bibir bayi dan bukannya ke dalam mulut sebagaimana yang disunnahkan oleh Rasulullah s.a.w.
Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat.
Sebahagian masyarakat Islam hari ini tidak mencukur rambut anak-anak hingga botak sebaliknya mengadakan upacara cukur jambul sebagai adat dan tradisi yang telah dilakukan sejak turun temurun. Tambah mengelirukan, rambut yang digunting itu dimasukkan ke dalam buah kelapa. Memandangkan terdapat beberapa perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, maka ulama berpendapat, mengamalkan adat cukur jambul adalah bidaah dan khurafat. Paling menyedihkan apabila terdapat segelintir umat Islam yang cuba menghidupkan kembali kepercayaan seperti ini.
Selain amalan-amalan di atas yang bertentangan dengan syariat agama, kesilapan yang turut dilakukan ibu bapa hari ini ialah akikah atau cukur rambut dilakukan setelah bayi berusia beberapa bulan. Majlis tersebut turut disertai dengan adat berendoi di mana buaian dihias dengan bunga-bungaan dan perhiasan lain.
Upacara cukur rambut tidak perlu disertakan dengan marhaban atau berzanji. Ia memadai dengan bercukur rambut sahaja. Melainkan jika ia diadakan pada hari akikah, bolehlah diadakan jamuan.
Masyarakat Islam harus faham bahawa sesuatu amalan yang dilakukan sama ada yang sudah menjadi tradisi dan kebiasaan tanpa bersumberkan nas atau dalil yang sah perlu ditolak. Apatah lagi apabila ia dikaitkan dengan kepercayaan dan tradisi agama lain. Kebanyakan amalan yang dijadikan adat bagi orang Melayu dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang sekian lama diamalkan di negara ini. Berpandukan kepada sejarah, sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, penduduk asal negara ini ketika itu menganut agama Hindu.

4- ADAT BERKAITAN KEMATIAN
Sejak dari dahulu masyarakat melayu memang mengamalkan
adat resam dan pantang larangnya yang tersendiri.
- Adat resam adalah undang-undang atau pantang-larang yang
mesti dipatuhi dalam sesebuah masyarakat dan diamalkan secara turun-temurun
sejak sekian lama yang dewarisi oleh nenek moyang pada zaman dahulu kala.
- Adat resam juga merupakan amalan atau sesuatu kebiasaan
yang dilakukan secara rutin dalam kehidupan seharian seseorang individu ataupun
sekumpulan masyarakat.
Masih wujud kekeliruan antara tuntuan agama serta adat
yang juga menjadi pegangan kuat orang Melayu.
- Namun, segala adat yang wujud tidak seharusnya
bertentangan dengan syarak. Paling tidak dapat diterima apabila adat melayu
dijadikan sebagai tuntutan wajib sehinggalah tuntutan agama ditinggalkan begitu
sahaja. Segelintir masyarakat perlu
bertanggungjawab kerana telah menimbulkan kekeliruan antara
tuntutan adat resam dengan tuntutan agama. Antara tuntutan yang selalu
diamalkan dalam masyarakat melayu adalah berkaitan dengan kematian.
Antara adat-adat yang diamalkan oleh masyarakat
melayu.
(a) Membaca al-Fatihah ketika mengusung jenazah. Seterusnya
jenazah ditanam di tempat yang dipilih oleh keluarga. Contohnya, meninggal di
Kuala-Lumpur, namun kebanyakkan keluarga tinggal di Pahang maka jenazah akan
dibawa ke Pahang untuk dikebumikan.
(b) Menjirus air yang diikat dengan kain putih dan menabur batu.
(c) Kubur dihias bagaikan pelamin untuk pengantin. Selain itu, kubur juga diletakkan nama, tarikh hidup serta tarikh mati. Ada juga yang mengambil upah untuk bacaan Al-Quran dan diletakkan dua batu nisan sekali gus menjadikan kubur sebagai tempat beribadah, tempat meminta dan mengadu tentang kehidupan. Adat melayu juga dikatakan perlu untuk anda memberikan wang kepada si penggali kubur dan wang tunai yang perlu disediakan adalah sekurang-kurangnya RM1000.
(d) Keluarga si mati akan mengadakan ritual kenduri untuk arwah dengan bacaan do'a tertentu. Surah yassin juga dibaca dengan dihadiri tekong tahlilan arwah bagi mengisi perut tetamu yang hadir bagi mengisi perut tetamu yang hadir dengan juadah makanan walaupun keadaan ketika itu adalah susah dan terpaksa. Kenduri arwah ini juga akan diadakan selama 7 hari, 40 hari dan 100 hari atas kepercayaan agar mayat tidak diseksa dan tidak disoal ketika di dalam kubur. Selalunya ritual seperti ini adalah milik agama Hindu.
Kesimpulan :-
Seperti yang telah di terangkan perkara-perkara diatas
merupakan adat dan amalan yang dapat menjurus ke amalan khurafat . Amalan
khurafat ini dapat melunturkan atau mengurangkan iman sesorang, oleh itu umat
islam wajiblah menjauhi amalan khurafat dalam kehidupan harian.Tidak semua adat
orang melayu itu adalah amalan khurafat semuanya bergantung kepada niat.Sebagai
contoh mandi bunga, sekiranya mandi bunga hanya untuk naik kan seri dan
menyegarkan tubuh badan maka perkara tersebut boleh dilakukan tetapi sekiranya
niat untuk mandi bunga itu untuk tolak bala,mendapat keuntungan maka perkara
tersebut haram dilakukan kerana bercanggah dengan ajaran islam. Islam itu agama
yang mudah, kita perlu tahu bezakan yang mana agama dan yang mana adat.oleh
itu, bagi mengelakkan kekhilafan maka umat islam haruslah mendalami agama islam
supaya tidak keliru yang mana adat dan yang mana khurafat.Akhir sekali,islam itu mudah jika kita memahaminya dengan betul dan niat tidak akan sesekali menghalalkan cara jika ianya bertentangan dengan akidah islam.
AHLI :
1.
ALIF AKMAL HAFIZ BIN MOHAMAD RASHIDI (02DSB19F1033)
2. MUHAMMAD RASYDAN HAKIMI BIN
MOHD SARI (02DSB19F1019)
3. MUHAMMAD 'AMMAR BIN ZULKEFLI
(02DSB19F1015)
4.WAN NUR AKMA NABILAH BINTI
WAN SAMSUDIN (02DSB19F1017)
5. ANIS SURAYA BINTI MUSTAFA
(02DSB19F1047)
Comments
Post a Comment